Syarikat kami, Pest React, menawarkan servis kawalan makhluk perosak dan telah dibina atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan kami terhadap masyarakat sekeliling. Syarikat ini telah ditubuhkan oleh Encik Kelvin Low, seorang pakar kawalan makhluk perosak yang telah menceburi bidang ini selama 20 tahun, bersama-sama dengan pasukannya yang dianggotai oleh pakar-pakar yang dilatih untuk menangani kes makhluk perosak, sama ada kes biasa mahupun yang luar biasa. Kami memiliki lesen yang sah untuk menjalankan servis kawalan makhluk perosak, dengan mengikut garis panduan yang diberikan oleh penguatkuasa tempatan.
Matlamat utama kami adalah untuk membina komuniti sejagat yang bebas daripada serangan makhluk perosak, di samping bekerja keras untuk menjadi syarikat perkhidmatan kawalan makhluk perosak utama dalam negara. Kami mengendali isu-isu makhluk perosak secara efisien dan efektif sambil mengamalkan konsep mesra alam. Cubalah perkhidmatan kami, pasti anda tidak menyesal. PEST REACT akan selalu menjadi 'Servis Kawalan Makhluk Perosak Pilihan Anda'.
Integriti
Pest React mementingkan integriti dan kejujuran dalam perkhidmatan kami. Pakar-pakar kami mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang makhluk perosak dan akan berusaha membantu anda menyelesaikan masalah dengan betul dan tepat.
Kualiti Perkhidmatan
Pest React menyediakan kualiti perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan setiap tugasan mendatangkan hasil yang positif. Setiap aspek daripada rawatan kami amat penting, jadi percayalah bahawa kami akan menyelesaikan setiap masalah yang melibatkan makhluk perosak secara holistik dengan menggunakan kaedah yang sesuai.
Harga Berpatutan
Di Pest React, kami faham bahawa untuk menangani isu makhluk perosak akan melibatkan kos yang tinggi, oleh sebab itu kami memberikan harga tetap untuk perkhidmatan kami. Kami percaya jika kami menawarkan harga yang berpatutan, para pelanggan akan lebih mempercayai dan selesa dengan perkhidmatan kami.
Khidmat Pelanggan
Dalam industri perkhidmatan kawalan makhluk perosak, kebanyakan syarikat lebih mementingkan pemerolehan pelanggan dan keuntungan. Dalam hal ini, Pest React mempunyai pandangan yang berbeza, kerana kami lebih mementingkan kualiti khidmat pelanggan kami. Kami ingin memastikan para pelanggan sentiasa mempunyai pengalaman yang baik ketika berurusan dengan kami.
Kerja Berpasukan
Kami bersama-sama berganding bahu untuk mencapai matlamat dan visi kami dengan memberikan pasukan kami bimbingan yang secukupnya untuk membina semangat, kepercayaan dan keyakinan mereka.
YBhg Datuk Wira Ling, pemegang ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari National University of Singapore, Singapura. Beliau merupakan seorang usahawan anak kelahiran negeri Johor yang berjaya dan memiliki pelbagai portfolio pelaburan seperti pembangunan hartanah, pembinaan, perundingan, pendidikan, pembangunan kemahiran dan peruncitan.
Sifat kepimpinan semula jadi beliau menjadi pemangkin kepada kejayaan beliau memegang pelbagai jawatan penting seperti Pengarah Eksekutif di Etasgo Academy, Pengarah di Linbaq Consultancy and Marketing Sdn. Bhd., Pengarah Urusan di syarikat perniagaan ayam dan Penasihat kepada Northstar Frontier Sdn. Bhd.
Ybhg Datuk Khoo Teck Kee ialah seorang pemimpin yang berpengalaman dan dihormati dalam bidang perakaunan serta perundingan perniagaan, dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman profesional. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Kelas Pertama dari United Kingdom dan merupakan seorang Akauntan Bertauliah. Serta mempunyai keahlian dengan Malaysian Institute of Accountants (CA), Fellow of the Association of Chartered Certified Accountants (FCCA), ASEAN Chartered Professional Accountant (ASEAN CPA), Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA) dan Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM).
Sepanjang kerjayanya, Datuk Khoo pernah berkhidmat dengan salah satu firma perakaunan antarabangsa “Big 4”, di mana beliau memperoleh kepakaran dalam bidang audit, perancangan cukai, usaha wajar, penyiasatan serta perundingan pengurusan merentasi pelbagai industri. Keupayaannya dalam memberikan nasihat strategik dan menambah baik tadbir urus korporat telah menjadikannya seorang penasihat yang dipercayai oleh banyak syarikat.
Datuk Khoo sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas di sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Dalam peranan ini, beliau bertanggungjawab dalam mengawasi operasi syarikat, memastikan pengurusan kewangan yang berkesan serta menegakkan tadbir urus korporat yang kukuh. Dengan kepekaannya dalam mengenal pasti cabaran yang berpotensi lebih awal, beliau memainkan peranan penting dalam membimbing syarikat ke arah kejayaan jangka panjang serta menyumbangkan kepakarannya kepada lembaga pengarah dengan memberi tumpuan kepada tadbir urus, strategi korporat dan penciptaan nilai mampan.
Pada masa ini, selain mengurus firma profesionalnya sendiri, Datuk Khoo juga berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, di mana beliau terus menyumbangkan pandangan dan kepakarannya dalam aspek tadbir urus, strategi korporat serta penciptaan nilai jangka panjang.
Dengan pengalaman luas serta komitmen terhadap kecemerlangan, Datuk Khoo terus memberikan impak yang besar dalam organisasi, membantu syarikat meningkatkan kesihatan kewangan serta amalan tadbir urus mereka.
Sebagai pengasas Pest React Sdn Bhd, Mr. Kelvin Low mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam industri perkhidmatan kawalan makhluk perosak. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengurus Cawangan di sebuah syarikat antarabangsa yang memberi perkhidmatan kawalan makhluk perosak dan alam sekitar. Antara pencapaian Encik Kelvin sepanjang beliau berkhidmat dalam industri ini adalah seperti berikut:
Setelah selesai pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan khusus dalam bidang Entomologi dan Parasitologi di Universiti Sains Malaysia. Beliau memulakan karier dalam bidang kawalan serangga perosak pada tahun 2018. Beliau adalah ahli kaji serangga yang termuda di syarikat sebelum ini. Disebabkan beliau khusus dalam bidang serangga perosak, beliau membantu pelanggan "Quality Pest Management Service (QPMS)". Selain tu, beliau juga aktif dalam memberi kesedaran dan latihan kepada pelanggan tentang serangga perosak. Semasa pandemik, beliau bertanggungjawab untuk melakukan ujian sapuan menggunakan peralatan khusus untuk melihat keberkesanan rawatan pembasmian kuman.
YBhg Datuk Haw Chim Teck telah mendapat Ijazah Sarjana Muda (Perundangan) dengan Kepujian daripada University of London pada tahun 1995 dan seterusnya beliau mendapat Sijil Amalan Guaman (CLP) pada tahun 1996. Beliau telah diterima masuk ke Badan Peguam Malaysia di awal tahun 1997 selepas menjalani latihan dalam kamar, kemudian beliau mengendalikan firma beliau sendiri sejak tahun 2000. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang guaman selama 21 tahun.
Beliau merupakan rakan kongsi di firma Messrs. Khairin-Nisa & Co., yang telah ditubuhkan pada 15 September 1993 - Spektrum utama bagi aktiviti firma tersebut merangkumi pelaksanaan undang-undang sivil yang menjurus kepada kontrak, komersial, korporat dan perbankan. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam urusan pindah hak milik tanah dan perbankan serta menguruskan perihal pembiayaan hartanah, pembiayaan projek, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan pembangunan pelbagai projek. Selain daripada bidang hartanah dan urusan pindah hak milik, beliau juga arif dalam sektor jualan aset dan syarikat. Beliau juga telah menjalankan rundingan dengan pelabur asing supaya mereka membuat pelaburan di Malaysia, serta memberi khidmat nasihat kepada mereka tentang perkara-perkara yang melibatkan hartanahdan ekuiti syarikat di Malaysia dan usahasama antara Malaysia dan syarikat negara asing.
Beliau juga telah mengendalikan kes-kes litigasi termasuk kes kemalangan di jalan raya yang melibatkan kenderaan, pertikaian sivil, pengkuatkuasaan penghakiman, kemuflisan, ketaksolvenan, serta litigasi jenayah.